Darah Bugis
Part ni aku nak cite pasal orang Bugis. Tapi jgn lak tuduh aku fanatik dengan bangsa bugis ni. Memang ler aku bugis tapi kalau nak kira darah kita semua sama. Tak kira bangsa apa pun darah tetap merah jugak. So.. part ni aku anggap sebagai bacaan tambahan utk semua aaaa...

Aku Berdarah Bugis

Aku kiranya errmm pure Bugis lah. Mau taknya emak dan ayah aku dua duanya Bugis. Kita orang Bugis berasal dari Rappang Indonesia. Walaupun begitu kitaorang dah jadi warganegara Malaysia. Kalau nak kira aku walaupun tak tau nak bercakap Bugis dengan fluent tapi aku kira okayler jugak sebab aku tau tulisan Bugis. Ayah aku yang ajar. So aku dedicate page ni utk bahan bahan tentang Bugis semoga menjadi petunjuk dan bantuan kepada mereka yang nak buat research.


Intro Sket Ttg. Bugis


Bugis, kira dalam bahasa Melayu ler tu. Tapi ada juga kat dunia ni orang panggil sebagai Buginese, Bugi, Boegineesche, Boeginezen, Ugi, De, Rappang Buginese. Tapi kalau korang baca buku ilmiah sket kengkadang tu dipanggil ermm Austronesian, Malayo-Polynesian, Western Malayo Polynesian dan macam macam lagi. Kalau secara kasarnya boleh lah dikatakan jumlah orang Bugis ni sebanyak 3,500,000 di seluruh dunia. (estimate saja aaa berdasarkan pembacaan aku)

Kebanyakannya di Sulawesi Selatan, kampung asal aku ni, di Rappang Indonesia, dan ada di Sabah, Malaysia. Kalau korang nengok peta, Sulawesi Selatan terletak di 3.5 ke 5 Selatan. Kawasan lain ada juga seperti di kawasan yang berpaya tepi pantai seperti Di Bulukumba, Luwu, Polewali di Polmas, Pasangkayu di Mamuju. Ada juga di kawasan tenggara Sulawesi seperti di Kolaka, Wudulako, Rumbia dan di daerah Poleang. Kawasan Bandar seperti di ermmm Bandar Bandar utama di Sulawesi seperti di Ujung Pandang. Dan merata-rata juga ada di ermm seperti di Kalimantan, Maluku, Irian Jaya dan Sumatra. Kalau di Malaysia, selain di Sabah, kiranya Johor tu pusat orang Bugis ler tu. Malah kan Sultan Johor tu berdarah Bugis.

Hah Bugis banyak jugak pecahannya korang tau. Ada Bugis Rappang (aku ler tu), ermm ada Bone (Palakka, Dua Boccoe, Mare), Pangkep (Pangkajene), Camba, Sidrap (Sidenrang, Pinrang Utara, Alitta), Pangkayu (Ugi Riawa), Sinaji (Enna, Palattae, Bulukumba), Soppeng (Kessi), Wajo, Barru (Pare-pare, Nepo, Soppeng Riaja, Tompo, Tanete), Sawitto (Pinrang), Luwu (Luwu, Bua Ponrang, Wara, Malange-ussu).

Adehhh, pening juga kepala aku kalau baca banyak sangat pasal Bugis ni, tau sikit sikit pun jadilah kan. Kalau korang ada bahan boleh lah contact aku, kalau nak kira bahan aku tak banyak sangat, Cuma dari cerita bapa aku dan datuk nenek aku jer. Bahan ilmiah tu aku kurang sikit.



Mari Belajar Tulisan Bugis.


Tulisan Bugis ni senang jer sebenarnya. Bukan nak sombong atau apa ler, tapi orang kata bangsa yang bertamadun tu adalah bangsa yang bertulisan so utk tidak menghilangkan tamadun Bugis ni, sapa nak belajar tulisan tu meh sini aku ajar. Secara asasnya ada 18 huruf semuanya. Dari 18 huruf ni ler terbit lagi errmmm... 4 huruf jadi ada 18 set suku kata setiap set tu mengandungi 5 huruf. so semuanya ada 18x5=90huruf. Senang jer. Klick kat bawah ni, tu adalah 18 huruf asas.

Huruf Asas dlm abjad Bugis

Hah.. selepas tu kan, hanya dengan meletak titik dan tanda lahirlah 4 huruf yang lain. Contoh kat bawah ni ambik contoh 'La' dari 'La' letak titik kat atas jadi 'Li' kemudian letak titik bawah jadi 'Lu' dan letak tanda sebelah kiri lak jadi 'Le'... macam tu ler seterusnya. Kemudian korang combinekan ler huruf huruf ni jadi perkataan. Contohnya "Melo Ka Mangre nanre" maksudnya aku mau makan nasi. So try lerrr... best of Luck. hik hik hik.

Terbitan asas setiap huruf

" "

 

© since 1999 Mechanic Olet™. All Right Reserved.
Use of this website signifies your agreement to the terms of use.
Best view in IE4+ with screen area 1024x768 pixels

 


Additional Info
( Weblinks related to Bugis)
(by: Omniglot)
(by: Perpustakaan Tawau)
(by: Liono)
(by: Solusi)
(Link By: En Kamal Salleh )

Sekiranya anda mempunyai bahan menarik tentang Bugis yang ingin dimuatkan di sini, sila hantarkan kepada: olet@hotmail.com

SubDirectoryContent
Disini aku letak info ttg. Bugis. Tak de ler niat nak memupuk semangat assabiyah tapi aku nengok kat internet ni kurang info ttg Bugis ni. So ni ler langkah aku nak memperbanyakkan lagi bahan ttg Bugis tu. Dan kalau korang ada bahan boleh ler hantar kat aku utk aku masukkan. Aku berharap sangat agar korang bagi sumbangan. ".Pada Idie Pada Elo."
 
Home
 
Offshore Life
   
Buah Salak
   
Darah Bugis
   
   
Pekan Kunak
   
Lite' Article