Pekan Kunak
Ni ler gambar pekan tempat aku membesar. Walaupun kecik dan terpencil tapi alhamdulillah semua kemudahan ada. Sebenarnya ada banyak tempat menarik di sini, cumanya kurang promotion. Disini ada gua, air terjun, pantai, hutan, kawasan pertanian, laut, batu karang, pulau dan macam macam lagi. Disini memang kaya dengan hasil bumi.
Pekan Kunak
SubDirectoryContent
Ini ler pekan tempat aku membesar. Kalau nak berkenalan dengan pekan ni bolehlah click kat sini. Disini la asam garam hidup aku bermula. Sekarang ni pun dah jarang jarang balik. Banyak dah berubah. Semakin maju juga. Walaupun progress dia lambat sket tapi alhamdulillah ada juga perubahan. Terpencil tapi unik!
Rumah Kedai yg terdapat di Kunak
image: Kedai di Pekan
Deretan rumah kedai yang kian tersusun.
image: MiliMewah Unseen

Intro Sebuah Pekan Kecil

Pekan ni sebenarnya pekan nelayan. Tempat ikan naik. Dulu orang kata lanun pun boleh naik, tapi sekarang ni alhamdulillah polis dah okay dan polis marine pun dah rajin meronda. Sekarang dah aman dah, so mundu (Istilah local utk Lanun) dah tak ada.

Sabar je aku yek, intro je dah cite pasal lanun, mesti korang takut nak ke pekan ni, he he he.. tu cite lama daaaa.. sekarang dah banyak perubahan. Rumah kedai pun makin naik dan aku nengok orang semakin ramai. Tempat memang aman dan tak de le bz sangat. Segala kemudahan ada disediakan. Aku rasa kalau nak pencen pun mungkin kat sini le destinasi aku nih. Yea le tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tempat bermain.

Pekan ni tak de le glamour sangat tapi kalau dah pegi baru le korang tau keadaan sebenarnya. So sesiapa yang ke Sabah tu, jgn lupa singgah di pekan Kunak. Dan kalau dah singgah tu jgn lupa beli buah salak Mandor Sabur... tu hasil tanaman di kebun bapa aku tu. Jgn lupa makan salak kalau singgah di Kunak.

Selamat Datang Ke Pekan Kunak.  Gerbang Sederhana saja.
image: Pintu Gerbang Pekan Kunak

Tempat-tempat menarik

Tempat menarik tu memang ada, cuma promotion je yg kurang cukup. Contohnya air terjun Madai. He he he he... sebenarnya even aku sendiri pun belum pernah pegi. Lalu area tu selalu la, insya Allah balik kg nanti aku pegi la. Aku nengok tempat tu memang ramai orang pegi.

Dan satu lagi yang unik ialah gua Madai. Ha ni le salah satu penempatan orang zaman paleolitik. Ada bukti tu, masuk buku sejarah lagi tu. So kalau ada sesiapa yang berminat boleh la pagi melawat gua Madai ni. Tu pun kalau korang minat bergelumang dengan tahi kelawar.

Oleh kerana pekan ni berdekatan dengan pantai, maka pemandangan laut memang cantik diselangi dengan aktiviti orang orang local. Kalau nak memancing tu datang le ke sini. Nak mandi laut pun boleh, sebab pantai pun ada jugak.

Kedudukan Kunak di atas peta.
image: Kunak di atas Peta
Additional Info
( Weblinks related to Kunak)
(by: Sabah Government)
(by: SMUIK Student)
(by: Borneo Trade)
(by: Alumni.net)
(by: BIMP-eaga)
(by: Info Sabah)

Sekiranya anda mempunyai bahan menarik tentang Kunak yang ingin dimuatkan di sini, sila hantarkan kepada: olet@hotmail.com

Home
 
Offshore Life
   
Buah Salak
   
Darah Bugis
   
Pekan Kunak
   
   
Lite' Article
   
   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" "

 

 
 
 
© since 1999 Mechanic Olet™. All Right Reserved.
Use of this website signifies your agreement to the terms of use.
[Site Map] [Contact Webmaster ] [Guestbook] [About Webmaster]
Best view in IE4+ with screen area 1024x768 pixels