Kg. Cenderawasih
Ni gambar gambar sekitar kampung aku. Kampung Cenderawasih namanya. Rumah tak de le banyak sangat, tapi suasananya aman dan damai. Tempat aku dibesarkan nih. Aku cuba le muatkan gambar gambar kampung aku seadanya. Kat sini memuatkan sedikit gambar, kalau nak lagi buka le album aku. Boleh le korang menikmati gambar rumah kampung di Sabah.
SubDirectoryContent
Memuatkan sebahagian daripada cerita hidup aku. Untuk tatapan bakal anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan utk semua. He he he kalau nak berkenalan ke nak merapu ke apa apa ke boleh ler contact. Yea ler sementara masih muda-muda ni banyak ler masa. Bila dah berkeluarga esok sah-sah dah tak de masa. Wokay.. c ya there!
Pemandangan dari atas rumah.  Tempat budak budak kampung bermain badminton.
image: Gambar Depan Rumah
Rumah kampung aku dengan sebiji van biru ST 3172 A.
image: Rumah Kat Kampung

Cerita Sebuah Kampung

Haaa.. Ni le dia kampung halaman aku, terletak di daerah Kunak, dlm mukim Pangi. Penduduk tak de le ramai sangat, rumah pun tak banyak. Alhamdulillah aman dan kedudukan strategic sebab dekat sangat dengan jalan raya. Macam kat gambar sebelah tu. Kemudahan asas semua ada, api dan air semua ada. Lama dah kami orang duduk sini, adik adik aku semua lahir kat rumah ni.

Penduduk kampung ni banyak bangsa ada. Bugis (he he he.. family aku le tu), Cocos, Timorese, China, Kadazan dan Suluk. Memang bercampur baur kat sini, tak de isu perkauman ke, gaduh gaduh ke, semua aman damai je. Walaupun penduduk tak ramai dan amat berbilang bangsa, tapi aku nengok penduduk tak de punya nak bermasam muka. Sekali sekala aku selalu jugak meronda-ronda kat kat kampung. Best jugak sekali sekala nengok budak budak yang dah membesar ni. Kadang kadang tu tak sedar masa dah cepat sangat berlalu bila nengok budak kg dulu yg kecik kecik sekarang dah lebih tinggi dari aku. Sabar je laaaa....

Nun sebelah tu sebelum kelapa sawit tu ada highway.  Batu kilometer bertulis 'Tawau 85km' hah tu ler rumah aku punya petanda.
image: Rumah Aku Tepi Highway

Rumah aku

Ni le sedikit gambar di sekitar rumah aku. Rumah ni dah lama kitaorang duduk. Gambar kat atas tu pemandangan dari verandah rumah aku. Kat depan ada jalan raya dan kat sebelah jln raya tu ladang kelapa sawit Mostyn. Gambar sebelah kiri ni gambar diambil dari verandah rumah jugak betul betul kat depan rumah aku. Perasan tak pokok kelapa tu, haaaa.. aku pantang je balik kampung, mesti ambik buah kepala tu. Pokok favourite aku tuh.

Kat sebelah ni le gambar rumah aku. Van biru tu van bapa aku. Dah lama dah van tu. Plat number pun ST 3172 A. Huii mau tak lama. Kat belakang rumah aku ni ada kebun salak. So kalau datang rumah aku, nak nengok pokok salak tu, ada nuuuu... kat belakang tu je. Nak petik buah fresh dari pokok, pun boleh. So kalau datang berkunjung ke sini atau lalu kat depan rumah aku tu boleh le singgah. Mesti kena layan baik punya. Adat orang Bugis tu melayan tetamu dgn baik. kalau menghala ke Bandar Tawau n korang nengok ada batu kilometer tertulis 'Tawau 85km' haaaa.. betul betul kat sebelah batu tu ler jln masuk rumah aku. Rumah pun dapat nengok dari highway. so singgah le kalau nak pekena salak sebijik dua.

Gambar perjalanan dari Airport Tawau ke kampung Cenderawasih.  Mengambil masa 45 minutes.
image: Gambar Perjalanan Airport
Additional Info
( Weblinks related to Kunak)
(by: Pejabat Daerah Kunak)
(by: Sabah Government)
(by: Borneo Trade)

Sekiranya anda mempunyai bahan menarik tentang Kg. Cenderawasih yang ingin dimuatkan di sini, sila hantarkan kepada: olet@hotmail.com

Home
 
Offshore Life
   
Buah Salak
   
Darah Bugis
   
Pekan Kunak
   
Lite' Article
   
   
   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" "

 

 
 
 
© since 1999 Mechanic Olet™. All Right Reserved.
Use of this website signifies your agreement to the terms of use.
[Site Map] [Contact Webmaster ] [Guestbook] [About Webmaster]
Best view in IE4+ with screen area 1024x768 pixels