Buah Salak
Pokok salak ni family aku bawak dari Indonesia. Tanam kat sini dan sekarang alhamdulillah penghasilannya boleh menyara kehidupan family aku selepas berhijrah ke sini. Family aku berhijrah ke Sabah ni sebelum merdeka lagi. (aku belum lahir lagi) Sampailah sekarang mengusahakan kebun salak ni.
Buah Salak
SubDirectoryContent
Info tentang pokok salak anda boleh dapatkan disini. Family aku memang dah turun temurun tanam pokok ni. Kampung kat Sabah ada tanam pokok ni. Alhamdulillah dengan hasil rezeki pokok salak ni lah family aku mampu menyara hidup dan menghantar keluarga belajar. Any way korang dah rasa ke belum buah ni? ... sedap oooo !!!
Adik bongsu tersayang sedang berlakon memetik buah salak.
image: Culu & Buah Salak
Buah salak ni, kalau korang pegi pekan Kunak tu, carilah buah salak yg. family aku producekan. Sebut saja 'Salaknya Mandor Sabur' mesti orang kenal. Buah salak ni kelat kelat manis. Kalu beli kat tempat family aku menjual, buah tak manis, minta je ganti, mesti dapat punya. Buat apa jual buah tak manis. Yea tak...? Kat sebelah ni ler gambar buah salak yg dah berbuah. Budak botak yg tengah pegang buah tu adik bongsu aku, namanya Culu.
Seorang budak berkepala botak sedang bersiar siar di Ladang Salak.
image: Kebun Salak
Gambar sebelah kiri ni gambar kat tepi kebun salak. My family ada 2 kebun satu kat Kg. Cenderawasih, satu lagi di Ladang Bugis, Madai. Setiap satu lebih kurang 5 ekar. Aku rasa lahir lahir jer dah kenal buah salak ni. Mau taknya dah temurun menanam buah tu. Modal je tak de kat semenanjung ni, kalau ada dah lama aku tanam buah salak tu kat sini, sebab di sini mahal jugak. Kat tempat aku tu gila murah buah ni. Emak aku jual buah ni di perhentian bus.

Berkenalan dengan Salak.

Ramai yang tanya aku pasal buah salak ni. Terutamanya pokok dia, he he he korang ni tau makan je yek. Kulit buah ni macam kulit ular sket. Pokok dia aku rasa kategori Palma juga. Berduri, banyak duri, gila banyak duri. So kalau nak masuk dalam ladang kena pakai safety helmet, kalau tidak, good bye ler kepala korang dengan duri. Kat bawah ni ada beberapa gambar salak dan pokok pokoknya. Hah perati ler puas puas, jgn reti makan jer. Kena ler tau penat lelah golongan petani berhadapan dengan pelbagai tanaman utk memuaskan kehendak kita semua.

Lihatlah duri salak yang menyeramkan dan sangat berbahaya utk mata dan kepala pekebun.
image: Pokok Salak Berbuah
Lihatlah pokok dia yang penuh berduri itu. Malah kat buah pun ada duri duri halus. Walaupun begitu, ular, tikus dan lipan banyak kat kebun. He he he... ular pun sebenarnya ular daun jer, yea ler kat atas tu daun dia rimbun, ada ler ular daun tinggal kat situ. Aku ni kalau ular phobia sikit, ular daun pun aku phobia. Satu lagi tips, kalau membeli salak bertandan tu pastikan lihat betul betul, sebab sometimes ada lipan kat celah-celah tandan, terutamanya kalau tandan tu dipetik time waktu hujan. Sebab tu kalau ayah aku petik buah tandan time hari lembab, mesti check betul betul, sebab karang ada lipan, naya pulak pelanggan dibuatnya. Sebenarnya kalau korang pegi Kota Kinabalu, ada juga salak keluaran ayah aku. So kalau nak beli cuba tanya, salak dari mana. Kalau dia kata salak dari Kunak, maka salak Mandor Sabur lah tu. he he he ....
Pendebungaan bunga jantan ke bunga betina dilakukan secara Manual
image: Pendebungaan Betina
Bunga jantan yang dah matang.  Bersedia utk dipetik.
image: Bunga Jantan
Hah, ni dia salah satu proses penting utk mendapatkan buah salak. Bukan orang jer perlukan pasangan, buah salak ni pun sama. Tapi part menggatal tu, buah salak ni tak reti. Korang nengok sebelah kanan atas ni, hah ni ler bunga jantan. Kat bawah tu yang merah menyala tu bunga betina. Pendebungaan manual dilakukan utk mengoptimumkan penghasilan buah oleh bunga betina. Kalau harapkan serangga je, mau le ada sebijik dua je buah dalam satu tandan. Pendebungaan manual ni dilakukan selalu sebab kita tak nak bunga betina tu mati. Sebab kalau dah terbuka merah macam tu tapi tak di debungakan dia akan mati. Huiiiiii... kalau nak cerita pasal salak ni, aku boleh cerita dari A-Z. Mau taknya dah bergenerasi aku buat benda ni. Aku punya cita cita nak buka ladang salak di Semenanjung Malaysia ni, cuma modal jer tak de. Kalau nak kata expertise tu aku rasa dah sampai tahap pejam mata pun boleh tau lerrr... he he he he... bukan nak sombong tapi darah perisa salak tu dah memang mengalir dalam tubuh aku ni. Dah sebati dah den dengan kaedah, cara dan penjagaan tanaman ni. Tapi for sure la bapa & abg aku lagi tererrrr... he he he he.... Hidup Salak !
Additional Info
( Weblinks about Salak)
(by: Capetrib)
(by: Facethewall)
(by: Bank Of Indonesia)
(by: Warintek)
(by: ISHS)
(by: Jab. Pertanian Sabah)
(by: Dept. Pertanian Indonesia)
(by: California DFA)
(by: Indo.com)
(by: Utopiapalm)
(by: Dunia-Ibu)

Sekiranya anda mempunya bahan menarik tentang salak. Sila hantarkan kepada: olet@hotmail.com

Home
.  
Offshore Life
.Salak dan Family aku.  
Buah Salak
   
   
Darah Bugis
   
Pekan Kunak
   
Lite' Article
   
   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
" "
 
 
 
© since 1999 Mechanic Olet™. All Right Reserved.
Use of this website signifies your agreement to the terms of use.
[Site Map] [Contact Webmaster ] [Guestbook] [About Webmaster ]
Best view in IE4+ with screen area 1024x768 pixels