Kekasihku
" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredaan Engkau, dari kemurkaan Engkau dan dengan kemaafan Engkau, dari seksaan Engkau dan aku berlindung dengan Engkau daripada Engkau. Tidak dapat aku hinggakan pujian dan sanjungan atas diri Engkau, sebagaimana sanjungan Engkau atas diri Engkau "

 

" "

 

© since 1999 Mechanic Olet™. All Right Reserved.
Use of this website signifies your agreement to the terms of use.
Best view in IE4+ with screen area 1024x768 pixels
 
Renungan Bersama

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
( Gah , suamiku seorang jutawan)

tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
( Wah, isteriku seorang celeberity)

ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)

pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku,inalillah....

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah"

 

Doa untuk Kekasih.

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engaku redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin...

 

More Articles >>

Bercinta & Kecewa.

He he he he... banyak kisah yang diceritakan dan kita dengar tentang cerita orang bercinta ni. Macam macam yang berlaku. Setiap orang tu memang aaaa punya pengalaman hidup masing masing. Ada yang bercinta dari bangku sekolah sampai le kawin. Tak de orang lain dah. Fuuyyooo simple nye cerita hidup dia. Ada orang tu malas nak bercinta. Satu mungkin sebab malas nak carik ataupun tunggu orang approach... sabar je aku... tak kira le lelaki ke pompuan ke. Kalau jantan macam tu teruk le. Tapi aku rasa orang pompuan pun kena le pandai ngorat jugak. Sebab ada jugak jantan yang takut pompuan. Kadang kadang tu badan je macho tapi bila depan pompuan lembik kepala lutut.

Ada pulak tu bercinta sakan, lepas tu kawin dengan orang lain. Ayak... nak buat amacam dah jodoh. Ada tu bercinta tapi bukan satu tapi dua tiga empat lima dan berapa lagi. He he he.. Dahsyat yek manusia ni. Kat sini aku letakkan ape ape yang berkaitan dengan manusia dan perasaan cinta. Sedikit sebanyak jadi panduan dan sumber pengetahuan. So, kalau korang ada bahan yang nak aku muatkan kat sini, hantar le kat aku di olet@hotmail.com.

" Perasaan cinta dan kasih yang berputik, biarlah dikawal oleh apa yang dipanggil agama. Janganlah diturutkan nafsu. Jagalah diri, jagalah kemaluan dalam bercinta. Elakkan perkara yang boleh menghampirkan kita kepada zina. Semoga Allah merestui cinta yang kita bina. -Mechanic- "

Lite' Article
SubDirectoryContent
Memuatkan cerita ttg hidup. Mungkin ada panduan yg boleh di ambil ikthibar, atau sekadar bacaan ringan dikala keboringan dlm office or malam malam kat rumah tak tau nak buat ape, boleh le baca artikle yg aku muatkan disini. Mungkin juga kalau korang ada artikle yg menarik boleh dimuatkan, silalah emailkan kepada olet@hotmail.com. Insya Allah kalau ada keizinanNya aku muatkan artikle korang tu.
 
Home
 
Offshore Life
   
Buah Salak
   
Darah Bugis
   
Pekan Kunak
   
Lite' Article