Amalan Minum Rasulullah S.A.W
Sumbangan:
Cik Harlina
Contact:
harlina@dbkl.gov.my

CAMPURAN AIR MADU DAN AIR SEJUK

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

  • Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
  • Mencuci perut
  • Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
  • Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
  • Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebihbesar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk" Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum

  • Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
  • Bacalah " Bismillah"
  • Minum dengan tiga nafas
  • Minum dalam keadaan duduk
  • Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
  • Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
  • Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
  • Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
  • Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. Jazakallah hu khairan kathiraa.

More Articles >>

" "

 

© since 1999 Mechanic Olet™. All Right Reserved.
Use of this website signifies your agreement to the terms of use.
Best view in IE4+ with screen area 1024x768 pixels
Minum air kosong, baik utk kesihatan.

Air Sejuk Menyegarkan

Lite' Article
SubDirectoryContent
Memuatkan cerita ttg hidup. Mungkin ada panduan yg boleh di ambil ikthibar, atau sekadar bacaan ringan dikala keboringan dlm office or malam malam kat rumah tak tau nak buat ape, boleh le baca artikle yg aku muatkan disini. Mungkin juga kalau korang ada artikle yg menarik boleh dimuatkan, silalah emailkan kepada olet@hotmail.com. Insya Allah kalau ada keizinanNya aku muatkan artikle korang tu.
 
Home
 
Offshore Life
   
Buah Salak
   
Darah Bugis
   
Pekan Kunak
   
Lite' Article