Ingatan
dan Pesanan Utk Wanita
Seorang wanita solehah
adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki
yang jahat.
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang melayan
dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan
20 orang hamba.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari
dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur
pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Wanita yang memerah susu
binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang
itu dengan doa
keberkatan.
Wanita yang menguli tepung
gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
|
|
Wanita yang menyapu
lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai
di baitullah.
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya
untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
Wanita yang hamil akan
dapat pahala beribadat pada malam hari.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun),
maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala
80 tahun ibadat.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga
kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu
belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran.
Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan
bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan
jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab
dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika
berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk
kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging
kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung
kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika
kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai.
Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....
Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad
Khan; Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita.
"Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
More
Articles >>
|
Best view in
IE4+ with screen area 1024x768 pixels |