Satria Merah WEN7703
Kalau dulu orang naik kuda. Sekarang naik mesin. Dulu kuda makan rumput. Sekarang mesin minum petrol. Tapi kalau tak de binatang tunggangan memang susah. Nak pegi kerja, shopping & jalan jalan mesti kena guna. Tapi bila dah jalan jam tu... haiiiyyaaa tension gilerrrr. Walaumacam mana pun kena ler sayang binatang tunggangan kite yeaaa. Jgn lupa maintenance dia tiap tiap 10'000 km.

 

" "

 

© since 1999 Mechanic Olet™. All Right Reserved.
Use of this website signifies your agreement to the terms of use.
Best view in IE4+ with screen area 1024x768 pixels

Perjalanan jauh pertama aku dengan WEN, dari KL ke Port Dickson time new year 2002

Fuuyyooo... Tak dapat pakai Satria Gti, pakai skirt Gti pun jadi laaaa....

Side skirt evo III n side rubber Gti... erkkk... okay la tu kot. he he he

Luputnya Sebuah Satria Merah
07th May @ 2237hrs: Kereta ni dengan segala hormatnya telah dijual kepada member aku Abe Nize. Sayang jugak nak jual sebab dah banyak benda yg ditukar. Kira dah tip-top. Tapi nak buat macam mana, pada 05th March JPJ telah mem'blacklist'kan lesen memandu aku. Hanya kerana satu saman tak tampal 'P' ketika memandu kereta sewa di Kuching sarawak, aku telah kehilangan lesen memandu. So tak boleh memandu selama satu tahun. Mau tak mau terpaksalah WEN7703 dilepaskan. Sorrylah WEN bukan keinginanku, tetapi JPJ punya mau... ha ha ha ha... so sekarang instead of bawak kereta, aku Jalan kaki.... (Good excersise!)
Specification:
Plate Num. : WEN 7703
Make : Proton
Model : Satria 1.3 GLM
Fuel : Petrol
YR/YM : 1996/1996
CC : 1299
Transmission : Manual
Exterior Color : Red
Interior Color : Grey
Doors : 3
Seat : 5
Owner Type : Private
Paint : Solid Red
Engine Type : 4G13 (Engine year 2000)
Fueld System : Carburator

Other Features :
Monroe Sensatrac Suspension with Hot Bits Original Coils, 13 Alloys Rims, Stromberg installed, Modified 2 barrel exhaust with 2 nos original Hot Bits middle muffler, Central Locking, Power Steering, Power Windows, Air Conditioning, Cassete Player, AM/FM Radio, Alarm System, Reverse Sensor, GTi Rear Bumper, Evolution III Side Skirt and Perdana V6 Front Bumper.

Bila dah ada kereta ni, mula ler nak pikir duit minyak, duit tol, nak maintenance lagi, aksesori lagi, nak cuci lagi dan macam macam lagi. Berserabut jugak dibuatnya. Tapi ada jugak baiknya. WEN ni mengajar aku menjadi lebih bertanggungjawab. he he he... Hidup WEN..

Tapi semenjak dua menjak kehadiran WEN dalam hidup ni, pantang ada masa je mesti ke Brothers, tengok barang, bukan beli pun pegi cuci mata je. Sebab aku tengok kalau dah gila kereta ni, issskkkk banyak belanjanya. Silap silap koyak poket dibuatnya. Tapi kan kalau kereta power tapi perangai bawak kereta macam pelesit pun tak guna jugak. Bior kereta power tapi bawa cool je mesti orang respect n yg penting tak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Terutamanya pemandu motor, aku pernah rasa jatuh motor kat KL ni, gila... hujan hujan jatuh disebabkan kancil bengong tu dah le hujan yang paling teruk tu tak de sorang pun nak tolong, sabar je aku dengan orang KL ni. So moralnya, kalau ada xcident tu, tolong tolong la mangsa tu, insya Allah bila tiba masa korang pulak xcident, ada la hamba Allah yang menghulurkan bantuan.

Dan kepada anak-anak muda yang bawak kereta n motor tu, berhati-hatilah di jalan raya. Cuba renungkan kata kata iklan tv ni:

"Kawan-kawan dia kata, dia memang bawak laju. Anak-anak ni tak tau, yang kita sayangkan mereka" -dipetik dari iklan TV RTM.

Recommended Links for Cars:

MotorTrader Malaysia (Jual beli kereta) Autoworld Malaysia (Forum Kereta) Lelong.com.my (Jual beli aksesori)

Sejarah WEN 7703
Ni nak cite sket ttg. binatang tunggangan aku ni. Dulu time belajar kat UM gi kuliah jalan kaki jerrr. Lepas tu dapat kerja aku beli ler motor Modenas Kriss. Lepas 6-7 bulan kerja aku pun beli ler Satria ni. Second hand dari internet www.autoworld.com.my 1st Owner dia En. Nur Ismail Bin Khalit. Aku beli dari dia. He is a very nice guy. So sekarang kereta ni dah jadi aku punya. He he he he... Seronok aaa ada kereta sendiri.
SubDirectoryContent
Memuatkan sebahagian daripada cerita hidup aku. Untuk tatapan bakal anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan utk semua. He he he kalau nak berkenalan ke nak merapu ke apa apa ke boleh ler contact. Yea ler sementara masih muda-muda ni banyak ler masa. Bila dah berkeluarga esok sah-sah dah tak de masa. Wokay.. c ya there!
 
Home
 
Offshore Life
   
Buah Salak
   
Darah Bugis
   
Pekan Kunak
   
Lite' Article