Offshore Life
Betul la kata orang, rezeki ada di mana-mana. Tak ada di darat kita ke udara, tak ada di udara, insya Allah ada dilaut. Begitulah, tidak ramai yang dapat menggambarkan apa sebenarnya yang 'orang-orang' laut ni buat. Disini aku muatkan sedikit gambaran apa sebenarnya yang dilakukan oleh sebahagian rakyat Malaysia yg memainkan peranan dalam memastikan kita dapat mengeksploitasi salah satu kekayaan kita, 'Emas Hitam'

 

" "

 

© since 1999 Mechanic Olet™. All Right Reserved.
Use of this website signifies your agreement to the terms of use.
Best view in IE4+ with screen area 1024x768 pixels

Introduction

Sebelum bekerja dengan industry ni, memang le cetek sangat pengetahuan ttg. dunia offshore ni. Yg kebanyakan orang tau, kat pelantar minyak ada orang jaga, lepas tu gerudi minyak. Minyak keluar hantar ke darat. Lepas proses keluarlah minyak Primax ke V power ke... dan macam macam lagi. Yang ramai orang kurang tahu ialah sebelum nak gerudi tu ada banyak lagi proses proses yang perlu dilalu dan banyak lagi RM sebenarnya yang perlu dibelanjakan. Tu tak kira lagi masa-masa manusia yang dikorbankan terpenjara di lautan. Yang lagi teruk malah melibatkan nyawa pekerja. Memang banyak sebenarnya yg perlu dikorbankan sebelum kita dapat minyak yg kita guna hari hari tu. So bila ke stesen minyak tu, cuba cuba la fikirkan imbas kembali apa dia proses-proses yg dilalui sebelum kita dapat minyak tu. Aku rasa dengan cara tu baru lah kita menghargai nilai setitik minyak petrol yg kita tuang ke dalam tangki kita tu.

Fabrication

Ni nak cerita hanya sebahagian kecil aktiviti yang melibatkan offshore oil n gas ni. Cerita ni hanya akan berkisar apa yang pernah aku lakukan dan aku tau. Tapi sebenarnya banyak lagi aktiviti lain, cuma aku je tak cukup sumber dan knowledge. Hah... kat sebelah kanan tu gambar module. Yang kat bawah tu gambar kaki pelantar minyak, kita panggil jacket. Module tu letak atas jacket maka jadilah satu pelantar minyak nanti. Even nak buat structure ni pun dah mengambil masa setahun lebih. Bayangkan berapa tan besi yg kita pelukan utk bina benda alah ni.

Transportation

Lepas siap fabrication, nak hantar ke laut tu pun satu cerita lagi. Benda seberat-berat alam tu diletakkan kat atas tongkang. Tongkang tu ditarik la oleh bot kecik utk sampai ke location. Kalau dekat 24 jam sampai ler, kalau jauh dan cuaca buruk 2-3 hari ler jawabnya. Nengok tu laut tenang jer time operation ni. Sebab tak boleh buat time monsoon, kalau ombak kuat, maunya terbalik benda tu. Kalau terbalik hahhh.. menjawab ler dengan client.

Module at fabrication yard.  It takes about 15 months to build this structure.
image: Module at Fabrication Yard
Transportation of jacket to location.
image: Jacket Transportation
Jacket Upending.
image: Jacket Transportation

Jacket Launching & Upending.

Bila dah sampai kat location. Jacket tu kita launch ke laut. atau senang cerita campak ke laut dan berdirikan dia tegak. Gambar kat sebelah tu tengah proses nak menegakkan jacket tu ler. Bila dah tegak kita pun piling lerrr dia kat dasar laut. Ala macam piling bangunan kat darat jugak. Kelentang kelentung bunyi dia. Korang bayangkanlah kalau kedalam air 75m. maka jacket tu ada ler setinggi 80m. Cenonet je timbul bila dah siap. tapi yang kat dalam tu, gila punya bagak besar.

Module Installation

Sebenarnya pasang platform ni macam main lego. Buat kaki, lepas tu pasang pulak yang kat atas. Semuanya pasang siap. So bila jacket dah berdiri tegak. Kita pun slotkan lah module pulak kat atas dia. Macam kat dalam gambar tu. Pasang module satu satu. kadang kadang sampai 6 modules tu tak campur lagi helideck bridge. Gambar kat sebelah kiri tu gambar kapal tengah mengangkat module nak letak kat atas jacket la tu. Perasan tak platform kat sebelah kiri tu rongak.. hah module yg tengah angkat tu ler nak di letakkan kat situ. Letak satu satu lama lama siap le satu platform. Hoorreeehhhh!!!!

Module lifting and installation.
image: Module Lifting
Complete Platform.  Ready to operate.
image: Complete Platform

Drilling & Production Platform.

Fuh... Puas hati bila dah siap. Ha yang kat gambar tu, platform sebelah kiri yang besar bagak tu, adalah salah satu hasil sumbangan tenaga aku juga. Termasuk bridge dia. Uyooo memang puas hati bila tengok hasilnya. Tapi cerita masih panjang lagi. Ni belum beroperasi lagi tu. Ada banyak lagi yang nak kena buat. Kalau nak cerita kat sini haiyaaa... habis la masa tidur aku nak bercerita. Ni tak cerita pasal pipe dasar laut lagi ni. Kat bawah ni aku try cerita sedikit. Tak larat dah ni. Tengkuk dah sakit buat page ni.

Pipe lay operation.  Pipe joint ready to leave stinger
image: Pipeline leaving Stinger
Pipe ramp.
image: Pipelay (Subsea Launcher)

Pipelay.

Hah ni nak cerita pasal batang paip yang hantar gas or crude oil dari platform ke darat. Kita guna kapal besar. Dalam kapal besar ada tempat orang welding paip. Sebatang paip lebih kurang panjang dia ermmm 12.2m. So kalau platform tu sejauh 100 km dari darat macam platform kat atas tu. Nah ada ler 8197 batang paip yang nak kena sambung sambung. Kerjanya senang jer. Kat atas kapal, kita letak ramai-ramai welder (ni kerja welder gaji banyak ni) diorang pun welding sambung-sambung la paip tu. Macam kat dalam gambar tu. Bila dah sambung paip tu akan kita hulur ke belakang kapal dan dilepaskan ke laut dan kita sambung lagi. macam tu la seterusnya sampai la ke darat. Tapi yang aku paling respect ialah engineering department. Depa ni kepala semua teror teror... gila semua nak kira n buktikan yang benda yang kita buat kat offshore ni semua selamat. Depa memang teror. Tapi orang lain pun sumbangkan tenaga jugak. Jangan tak hirau, dari la kerani taip surat sampai ler welder sambung paip semua main peranan. Dan secara tidak langsung ada ler kerja utk rakyat malaysia. Kita doakan agar sumber kekayaan ini kita dapat manage baik baik dan kekayaannya dapat dinikmati bersama. Amin ya Rabbal Alami.

More on Pipelay >>

SubDirectoryContent
Disini aku letakkan sumber-sumber ttg kerja kat offshore. Aku cuba masukkan seberapa banyak info utk rujukan semua dan juga aku. Seberapa banyak pengetahuan akan aku cuba kongsi bersama mereka yg berminat kerja kat offshore. Aku cuba masukkan juga pengetahuan teknikal utk rujukan bersama. Untuk pembangunan negara jugak sebenarnya.
 
Home
 
Offshore Life
   
Buah Salak
   
Darah Bugis
   
Pekan Kunak
   
Lite' Article