Petua
Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak
3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut
dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut
air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit
sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali
sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.
Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik
ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana
saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan
di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air
bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit
Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan
terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan
air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan
ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia
dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan
menjadikan kulit kita segar...
Menghilangkan
Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).
Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk
dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau
pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah
mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali
sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah
wajah anda. Selamat mencuba. M
Menghaluskan
Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya
dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama,
cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi
utk membersihkan kulit.
Menghilangkan
Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit
limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan
Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu
manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam
insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk
meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam
camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir
itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas
rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Merawat Kulit
Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan
bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan
itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Melentikkan Bulu
Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada
bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan
Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit
air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut.
Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum
tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil
lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu
sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap
dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut
sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan
dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah
seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam
halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila
halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah,
senggugut akan hilang.
Kulit Cerah dan
Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada
muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat
3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
Mengurangkan
Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu
panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menghilangkan
Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya.
Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri.
Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan Perut
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan
lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang
baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan
atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan
semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau
membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi,
jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya
minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut
buncit.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.
Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam
Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah
dihancurkan .
Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat
cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan
dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam .
Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu
sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi
saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi
kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak
akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman
saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan
petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa
sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
Menegangkan Kulit
Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2
India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila
suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu
sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah
kulit tegang jerawat tiada.
Menyegarkan Mata
Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan
ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya
rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan
hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata
utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan
Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras
yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat
Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat
berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Mengelak Rambut
Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga
bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama
sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut
lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Mengurangkan
Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.
Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut
hendaklah dimakan ketika tengah malam
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di
luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di
atas rumput yg masih berembun .
Melangsingkan
Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.
Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum
dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
Menghilangkan
Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan
sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati,
sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan,
parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan
bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Mengelak Keguguran
Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit
kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah
kelemumur.
Menghilangkan
Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu,
setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian
bawah ketiak.
Menghilangkan
Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas
kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil
yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam.
Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu
atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga
rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut
dgn getah.
Menghilang Sakit
Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan
kepala.
Menghilang Ketumbit
Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi
ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
Menurunkan Berat
Badan
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis
dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya
2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari.
Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam
peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan
malam.
Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus
tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
Awet Muda
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu
Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut
yang dipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua
ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi
diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Mudah Bangun
Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi
s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga
dengan sendirinya.
Menghilangkan
Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan
di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau
nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya
menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala
dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah
dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut
kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Menghaluskan
Kulit Muka
(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau
sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah
dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas
itu barulah dibilas.
Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan
selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Memutih dan Mengilatkan
Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan
gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan
insyaallah gigi anda putih berkilat.
Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah
mujarab.
Menghaluskan
Kulit Muka
(2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan
ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh
dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping
asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan
kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh
semula
Mengembalikan
Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.
Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang
air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil
dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha
dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu,
kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.
Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya
tiga hari sekali.
Menghilangkan
Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan
semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan
Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang
putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah
makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa
kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup
kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah
dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan
amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
Meminimakan Gangguan
Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang
itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana
ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala
masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau
berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan
bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang
hari itu adalah ibadat.
Menghilangkan
Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan
pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan
semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering
dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman
tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
More Articles
>>
|
Best view in
IE4+ with screen area 1024x768 pixels |