Adakah Kita Makan Kulit, Buang Kacang ? | |||||||||||||
Sumbangan:
Aidayatul Akmal Kamal Bahrain
Contact:
aidayatul@crest.com.my
|
|||||||||||||
Katalah kita ni polis, sedang
duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio
kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani
salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.Kes pertama
di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit.Kes
kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit
20 ribu ringgit. Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah
kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat
duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas
tu kita tahu hakikatnya begini: Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat? Tiba-tiba, baru kita sedar
perbezaannya, antara prinsip dan appearance.Kalau ikut prinsip, tentulah
kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit.
Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa
dari segi luaran, maka selalu minda Wallahualam.
|
|||||||||||||
|
|||||||||||||
Lite'
Article
|
|||||||||||||
|
|||||||||||||