Pendahuluan
Kita adalah sebaik-baik makhluk
ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi
tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan
hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak
mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa
ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi
tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan
mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan
niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tips yang
kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja.
Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil
wuduk sebelum melakukan p! ekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi
senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran
agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
2) Perbanyakkan membaca
Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat
Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan
amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.
Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara
pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada seper!
tiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut ag! ! ar beroleh
ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada
Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu
azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya
yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang
rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka
kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya
kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan
Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah
yang Berkuasa! bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah.
Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah
menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga
mesti
percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan
luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk
otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila
kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh
badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan
jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan
kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan
tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang
tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit
kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8) Menangis dengan
sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan
tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain
hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu
tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka
itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama
rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita
dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan
diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila
kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah
untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu
bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh
dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting
ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan
hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang
lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami
bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding
orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam
pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas.
Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan
senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan
kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha
yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang
jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan
jayanya."
More Articles
>>
|
Best view in
IE4+ with screen area 1024x768 pixels |